((=== SEKOLAH KEBANGSAAN DENDANG, JALAN PARIT, 32700 BERUAS, PERAK ===))

sumber

contoh buku cerita kanak - kanak prasekolah



setiap pagi saya akan membacakan buku cerita kanak - kanak kepada murid - murid pada waktu perbualan pagi pada setiap hari. dengan membaca buku cerita tersebut, murid - murid dapat memperolehi pengetahuan dan pengajaran berdasarkan buku cerita tersebut.


dengan bahan bacaan tersebut ianya akan menarik minat murid - murid untuk mengetahui kesudahan cerita tersebut serta dapat memupuk semangat untuk datang ke sekolah setiap hari. walaupun di ceritakan secara sedikit demi sedikit mengikut beberapa helaian sahaja namun ianya dapat memberi kesan yang positif serta impak yang besar terhadap minat seseorang kanak - kanak tersebut.


Membaca merupakan satu tumpuan utama dalam komponen kurikulum prasekolah. Oleh kerana membaca merupakan aspek yang terpenting dalam pendidikan awal kanak-kanak kini terdapat banyak kajian dilakukan berkaitan dengan membaca dan perkaedahan membaca tetapi kajian mengenai faktor - faktor lain yang turut mempengaruhi tahap bacaan kanak - kanak masih kurang. saya telah menjalankan kajian untuk melihat perhubungan di antara peranan ibu bapa dan guru dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah. Antara faktor - faktor yang dianalisis adalah latar belakang ibu bapa, bahan bacaan di rumah dan juga di sekolah, peranan ibu bapa membacakan buku di rumah serta peranan guru dalam aktiviti bercerita di bilik darjah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan