((=== SEKOLAH KEBANGSAAN DENDANG, JALAN PARIT, 32700 BERUAS, PERAK ===))

pengenalan

Pengenalan Diri

NAMA : HASMANI BINTI HAMAD

NO. MATRIK : D20121061513


KUMPULAN E - LEARNING : EL-A03 (A122PJJ)

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DENDANG, JALAN PARIT, 32700 BERUAS PERAK

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU - PENDIDIKAN JARAK JAUH (PPG - PJJ)

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
( PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH )



FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK




Latar Belakang Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Dendang adalah di antara beberapa buah sekolah rendah yang ada di Mukim Beruas, Daerah Manjung, Perak. Lokasinya adalah di KM 4, Jalan Parit, Beruas. Sejarah pembinaan fizikal sekolah bolehlah dibahagikan kepada 3 peringkat. Peringkat bangunan awal beratap rumbia, diikuti dengan bangunan beratap genting dan beratap asbestos. Buat masa ini, Sekolah Kebangsaan Dendang menampung murid - murid dari Kampung Dendang, Estet Bukit Kota, Kampung Tualang dan Kampung Pintu Gerbang. Sekolah Kebangsaan Dendang mula menampung murid - murid daripada Ladang Bukit Kota semenjak rancangan ini dibuka pada tahun 1970. Jumlah murid - murid yang belajar di sekolah ini dari Darjah 1 hingga Darjah 6 seramai 130 termasuk Prasekolah.

Bangunan sekolah ini telah dibina dalam tahun 1920 di atas sebidang tanah kepunyaan Allahyarham Uda Bin Gandu, seorang penduduk Kampung Dendang. Bangunan berkenaan terletak berhampiran dengan rumah bekas Ketua Kampung Dendang, Tn. Hj. Abdullah Rani Bin Ngah Md. Dom. Bangunan sekolah ini telah didirikan oleh penduduk - penduduk kampung secara gotong - royong.

Atas dayausaha, kerjasam dan perjuangan penduduk - penduduk kampung ini, kerajaan telah meluluskan melalui peruntukan pembangunan luar bandar seperti:
a) membina sebuah kantin sekolah pada tahun 1982.
b) memasukkan bekalan elektrik serta membekalkan kipas angin serta lampu ke bangunan sekolah pada tahun 1983.
c) membina sebuah gelanggang sepak takraw dalam tahun 1984.

Sekolah ini juga telah dijadikan pusat kegiatan masyarakat di kampung. Bangunannya juga digunakan sebagai tempat mengadakan mesyuarat untuk membincangkan hal - hal kebajikan masyarakat. Pada sebelah petangnya pula, belia - belia tempatan turun ke padang untuk melakukan aktiviti riadah sesama rakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan